Humbankan Syaitan Kau..!

Sahabat-sahabiah semua, ini pesanan kepada diriku dan kepadamu……………………….

Berpaling daripada Allah ketika turunnya hukum-hukumNya, bererti matinya agama, binasalah tauhid, musnahnya keredhaan dan keikhlasan. Sedangkan hati orang yang mukmin tidak mengetahui mengapa dan bagaimana nak melayan dorongan nafsunya. Semua nafsu mesti dilawan, ditentang dan dimusuhi. Jadi sesiapa yang ingin memperbaiki dirinya, dia mestilah berlatih memerangi nafsunya, sehingga dirinya bebas daripada kejahatan dan pengaruh nafsu kerana seluruh nafsu itu mengajak kepada kejahatan.

Bila kamu mampu menggembleng dan menundukkan nafsumu, seluruh nafsu itu akan menjadi baik iaitu kebaikan yang berada di dalam kebaikan. Sehingga jadilah ia mengikut semua ketaatan dan meninggalkan kejahatan dan kederhakaan. Allah berfirman yg
bermaksud:"wahai jiwa yg tenang ! kembalilah kepada tuhanmu dengan penuh redha
dan diredhaiNya Maka masuklh kamu ke dalam golongan hambaku dan masuklah ke dalam syurgaku."

Jadi dengan ketakwaanNya akan hilang daripadanya keburukan dan tidak bergantung kepada makhluk. Ini telah berlaku kepada Nabi Ibrahim Khalilullah, baginda telah terlepas daripada konkongan nafsu dan hidup dengan tenang, bebas daripada pengaruh nafsu yang sentiasa mendorong manusia kepada melakukn kejahatan.

Ketika jiwa nabi tenang, datang kepadanya berbagai jenis makhluk yg menawarkn bantuan dan prtolongan. Masa itu nabi berkata: " Aku tidak memerlukan pertolongan kamu sekalian. Dia(Allah) mengetahui keadaanku dan memenuhi segala permohonanku."

Inilah kita lihat kesan penyerahan dan ketakwaan baginda yang tidak berbelah bagi, maka Allah berfirman kpd Api: "Berkatalah kami.. wahai api! Jadi dinginlah engkau dan selamatkanlah Ibrahim..!

Allah beri pertolongan kepada orang yang sabar bersamaNya di dunia tanpa batas, sementara di akhirat pula ia di anugerahkan kenikmatan tanpa batas, sesuai dgn firman Allah: "Ssungguhnya hanya orang-orang yang sabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas"

Inilah kurniaan Allah kepada orang yang sabar. KEBERANIAN adalah sabar seketika. Firman Allah:"Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar".

Dengan pertolongan dan harapan, bersabarlah. Ingatlah kepadaNya dan jangan kita lalai daripada ingat kepadaNya. Janganlah kamu sedar sesudah mati kerana kesedaran ketika itu sudah tidak bermanfaat lagi bagi kamu. Ingatlah kamu sebelum kamu diberi peringatan, bahawa sudah tiada lagi perintah bagimu, sehingga kamu menyesal di saat penyesalan tiada berguna lagi bagi kamu. Perbaikilah hati kamu, kerana bila hati itu sudah baik, maka akan baik pulalah seluruh keadaanmu. Memperbaiki hati itu hanya dapat dilakukan dengan taqwa, tawakkal kepadaNya, mengesakanNya dan ikhlas dalam setiap amal yang dilakukan semata-mata keranaNya. Tanpa semuanya ini, hati akan rosak. Hati adalah bagaikan burung di dalam sangkar atau bagaikan berlian di dalam ikatannya atau bagaikan harta yang tersimpan dengan sempurna di dalam almari. Padahal yang diperhitungkan di sini adalah burungnya, bukan sangkarnya, berliannya bukan pengikatnya, hartanya bukan almarinya. Bayangkanlah seekor burung tanpa sangkar, sebentuk berlian tanpa ikatan atau selonggok harta tanpa tempat menyimpannya.

Ya Allah..! Sibukkanlah anggota tubuh kami dengan ketaatan kepadaMu. Sibukkanlah sepanjang hayat kami, siang dan malam kami, pertemukanlah kami dengan orang-orang yang soleh yang sudah mendahului kami. Berilah kami rezeki sebagaimana rezeki yang Kau kurniakan kepada mereka. Datangkanlah kepada kami sebagaimana yang Kau datangkan kepada mereka. Amin…!

Wahai sahabat dan sahabiahku yang sedang melayari internet…! Lakukanlah kepada Allah, sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang yang soleh kepadaNya sehingga Allah pula melakukannya kepadamu.

Jika kamu mengharapkan agar Allah sentiasa memandang kepadamu, sibukkanlah dirimu dengan melakukan ketaatan kepadaNya, bersabar bersamaNya, redha dengan ketentuanNya terhadap dirimu dan orang-orang disekeliling kamu. Suatu kaum yang menjauhkan diri dari dunia dan mengambil bahagian mereka di dunia dengan jalan taqwa serta beramal soleh. Kemudian mereka bermohon untuk kehidupan akhirat dan beramal dengan amalan akhirat, mereka lawan nafsu dan mentaati Allah, menasihati diri mereka sendiri dan kemudian membimbing pula kepada orang lain.

Hai pemuda pemudi…!
Nasihatilh dirimu sendiri lebih dahulu, sebelum kamu menasihati orang lain. Adalah penting sekali bagimu menanggung atau melawan kehendak nafsumu dan janganlah
kau berlebih-lebihan menasihati orang lain, sedangkn dalam dirimu sendiri masih bersemayam sesuatu yang perlu kau perbaiki.

Celakalah kau…!
Sekiranya kau tahu bagaimana membersihkan orang lain, sedangkan engkau buta. Bagaimana mungkin orang yang buta boleh menuntun orang lain, sedangkn orang yang menuntun itu mestilah orang yang melihat.

Ingatlah…! Org yang dapat menyelamatkan orang lain adalah seorang perenang yang mahir dan yang dapat membawa orang lain kepada Allah hanyalah orang yang kenal kepadaNya. Kerana perbuatan ini tidak dapat dilakukan dengan kebodohan dan kejumudan yang menyelimut jiwa.

Tiada alasan bagimu tentang tindakanmu terhadap Allah melainkan cinta dan beramal kepadaNya. Semuanya ini dilakukan dengan hati bukannya dengan lidah. Semuanya ini dilakukan dalam kesunyian bukan di dalam kesibukan dan keramaian. Bila Tauhid berada di pintu rumah sedangkan syirik berada di dalamnya, maka itu namanya MUNAFIK.

Celakalah Kau…! Lidahmu bertaqwa sedangkan hatimu berada di dalam kederhakaan, lidahmu bersyukur sedangkan hatimu berpaling.

Celakalah kau…! Kerana kamu mengaku sebagai hambaNya,sementara ketaatanmu kau berikan kepada selainNya. Sekiranya kamu adalah benar-benar hambanya, maka kamu akan kembali kepadaNya dan berpihak kepadaNya, nescaya kamu akan bermusuhan keranaNya dan berkasih sayang keranaNya.

Seorang mukmin yang mempunyai keyakinan, tidak akan taat kepada hawa nafsunya, dirinya dan syaitannya. Dan tidak tahu syaitan sehingga mentaatinya, dia tidak mempedulikan dunia sehingga ia menjadi hina kerananya. Jadi,ia merendahkan dunia dan mencari penghidupan akhirat.

Wahai orang yang menuntut segala sesuatu kepada selain Allah. Apakah kamu tidak berakal…? Tidakkah kamu tahu segala sesuatunya berada di dalam perbendaharaanNya..!

Wahai sahabat sahabiahku…! Tidurlah kamu di bawah naungan takdir, berbantallah kamu dengan kesabaran, redhalah takdir yang telah ditentukan kepadamu, beribadatlah dengan selalu mengharapkan kebahagian. Bila kau benar-benar telah berbuat demikian, maka Allah akan cucurkan anugerahNya dan kurniakan semua nikmatNya di luar yang pernah kau cari dan kau dambakan.

Wahai semua sahabatku dan diriku sendiri….! Hina dan rendahkanlah diri kita kpd Allah, kepada kekuasaanNya, kepada takdir dan perbuatanNya. Kita tundukkan zahir dan batin kita kepadaNya. Kita sesuaikan dengan kudrat kita dan kita jalani liku-liku hidup ini bersama kudrat ini. Kerana takdir itu adalah ibarat utusan Ilahi kepada makhlukNya, kita muliakan ia semata-mata kerana memuliakan Yang Mengutusnya.

Bila semuanya ini kita lakukan, maka ia akan membawa kita bersamanya menghadap Yang Maha Kuasa untuk memperolehi pertolonganNya, sesuai dengan firman Allah: "disana pertolongan itu hanya(dtg) dari Allah Yang Haq. Dia adalah sebaik-baik pemberi pahala dan sebaik-baik pemberi balasan" alkahfi 44

Mari kita bermuhasabah diri kita ini, mungkin kita lalai drpdNya…

dari hamba yg hina………

1 comments:

~ana SoLehah~ said...

:-(

singgah sebentar mendidik hati di cni..