ISMA Membawa Perpecahan


Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT) yang telah ditubuhkan pada tahun 1964 dengan bermatlamatkan penyatuan dan kebajikan seluruh anak-anak Terengganu yang berada di Mesir. KPT dari tahun ke tahun mengekalkan dasar sebagai badan kebajikan hingga sekarang. Tahun berganti tahun, KPT terus bergerak dengan membawa agenda kebajikan pelajar sebagai teras dan dasar pertubuhan.

Agenda yang pernah diperjuangkan oleh KPT seperti masalah kesulitan untuk memperbaharui syarat permastautinan yang berjaya diselesaikan oleh Wakil Pelajar Terengganu (WPT) antara tahun 1964 hingga 1970. Bilangan penuntut KPT semakin meningkat dan aktiviti KPT turut dipergiatkan lagi dengan usaha-usaha untuk meningkatkan taraf akademik pelajar di samping menitikberatkan permasalahan kebajikan pelajar.

KPT gah di mata pelajar-pelajar Terengganu yang banyak memberi sumbangan kebajikan dan menjadi rujukan segala permasalahan yang berlaku di kalangan pelajar sehingga agenda yang dibawa, menjadikan KPT berjaya menyatukan seluruh anak-anak Terengganu yang berada di seluruh Mesir samada penuntut pengajian agama mahupun perubatan.

Perjuangan KPT dalam menyatukan anak-anak Terengganu tidak sentiasa dihamparkan permaidani merah. KPT terpaksa mengharungi pelbagai mehnah dan ujian daripada pelbagai pihak dalam suasana yang berbeza tahun ke tahun. KPT telah berpengalaman selama 45 tahun dalam menghadapi pelbagai situasi yang cuba menggangu gugat perpaduan anak-anak Terengganu. Berpunca hasad dengki, faktor politik dan sebagainya, pelbagai pihak daripada pertubuhan-pertubuhan pelajar yang lain mengganggu keharmonian dan kesatuan anak-anak Terengganu yang telah lama bersemi. Di antaranya, NADI UMNO dan ISMA.

Kini, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan sekutunya muncul lagi. Dengan membawa agenda tersendiri yang berbaur hasad dengki dan politik, cuba mewujudkan penghalang malah berusaha menimbulkan perselisihan antara anak-anak Terengganu gara-gara sikap keras kepala mereka memisahkan antara pelajar-pelajar baru dan pelajar-pelajar lama berhubung penginapan pelajar di komplek KPT.

Malah, KPT teruk dikecam hebat hanya kerana polisi dan dasar kebajikan yang menyeluruh, dapat menarik minat ramai anak-anak Terengganu bernaung dan bersatu di bawah KPT daripada bernaung di bawah pertubuhan mereka. Mereka terpaksa membasuh dan mengasingkan perspektif yang negatif terhadap KPT. Mereka turut menyokong dan membantu penubuhan Ulul Albab, persatuan yang pernah ditubuhkan satu masa dahulu yang cuba membawa perpecahan di kalangan anak-anak Terengganu. Meskipun mereka menggunakan segala jentera dan kuasa yang mereka miliki, namun anak-anak Terengganu tetap memberi sokongan padu terhadap Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT).

9 comments:

halawatul iman said...

hurm?

Anonymous said...

Bismillah

bagus entri ni.bleh menyemai ukhwah sesama muslim.better cari sumber yg btul2 sahih sblom tulis entri ni.klau stakat dgr2 crita pastu trus sebarkan.x slh sy bleh dikira pndusta dh.

robbana yeftah alaik..

salam'alaikum

dari jauh said...

Ya Allah, ampuni dan kasihanilah dia kerana dia tak mengetahui..

apeni?? said...

kpd author...
tulisan jgnlah berbaur emosi. Kalau statement kena ade bukti. Kalau xde bukti, kena tulis style "theory" (andaian) semata. Kalau tidak, mmg pembaca akan anggap ia sebuah accusation (tuduhan) apa lagi hanya skadar tulisan emosi tanpa sebarang bukti. Meja perbincangan yang jauh dari lidah tajam @ pena tajam sentiasa terbuka.

-ehem,saya juga bkn ahli ISMA,bkn nak berat seblah,tp x suka konflik x berasas & x munasabah,apatah lagi berbaur emosi-
Shukran :-)

Anonymous said...

"Ya ALLAH tunjukkan kami kebenaran sejelas2nya dan bimbinglah kami kepadanya...Dan tunjukki kami kebatilan seterang2nya dan jauhi kami daripadanya"

Azizul Salehudin said...

payahlah kalo ade org camni..

sabar ye said...

Wallahu musta'an....
wahai teratak mujahid pelihara lidahmu...
"Ditanya: 'wahai rasulullah! Si fulanah itu selalu solat malam dan berpuasa siang hari, cuma keluar dari lidahnya perkara yang menyakitkan jiran,lidahnya lancang! Lalu baginda bersabda: Tiada kebaikan baginya dan dia di dalam neraka"
SEMOGA ALLAH MEMELIHARA KITA UMAT ISLAM......

b_r said...

isy takut la kalo semua ahli parti islam macam ni. Nasib baik saya x judge satu parti/pertubuhan based on sikap dua-tiga ahli

=) mari berakhlak mulia ye akhi. semaikan kasih sayang & sentiasa adil

Akh Hakim said...

Namanya mujahid, tentulah bukan sekadar semangat yang jihad. Ia mesti meliputi hati, lidah, mata dan juga tangan.

Adakah dengan menulis sedemikian mampu MENYELESAIKAN atau MEMECAHBELAHKAN, sedang entri tersebut membicarakan tentang perpecahan gerakan yang lain.

Hm.

Kita umat Islam tentu tahu tak elok nak bicarakan kesalahan yang lain. Tetapi ini yang biasa kita dapat pendidikan tak formal, iaitu kita seolah-olah mampu menyelesaikan sebuah situasi dengan mewar-warkan keburukan yang lain.

Mengarut.

Saya suka membaca fakta. Tapi bagaimana saya boleh menerima fakta ini, sedangkan maksud tajuk anda lebih jenayah dari isinya. Isinya pula lebih jenayah dari buktinya.

Dan menyampaikan maksud keseluruhan ke dalam blog ini, lebih jenayah daripada apa yang anda bencikan sendiri!

Anda bebas untuk menyampaikan apa-apa yang diingini di dalam blog. Tetapi, anda perlu melihat pada tahap mana anda menyampaikannya pada masyarakat. Adakah ia bersifat destruktif, atau ia bersifat konstruktif.

Allah.. nampak gayanya saya sendiri yang seolah-olah beremosi dalam berbicara hal ini.

Tapi selama apa yang saya pelajar dalam kehidupan ini, tidak ada gunanya saya berkata-kata pada orang yang keras kepala (saya tidak memaksudkan anda), Lebih banyak saya bicara, lebih banyak saya tak membawa makna pada diri.

Saya harus pegang pada prinsip dan cari jalan yang lain, mungkin ada orang lain yang lebih baik menyampaikan kepadanya.

Salam..

Maaf andai terkesan..