Kenapa Dengan Hitler??

Membaca buku sejarah Hitler, kita akan dapati bagaimana Hitler bertindak dengan tindakan yang bijak dalam mengalahkan Rusia. Hitler mengetahui, bahawa di rusia terdapat 8 pakar strategi perang; yang merupakan sumber kekuatan Rusia; yang kalau hendak diserang rusia begitu sahaja, sudah pasti kemenangan tidak akan tercapai.

Makanya, Hitler telah menghantar seorang wartawan upahan ke rusia, untuk memerhatikan keadaan di sana. Maklumat yang perlu diambil, cukup sekadar kedudukan kem askar, kedudukan kereta kebal dan kedudukan Bandar rusia sahaja.

Setelah dilaporkan oleh wartawan tersebut, makanya Hitler telah menulis surat untuk dihantar kepada pemerintah rusia dengan disertakan dalam surat tersebut maklumat kedudukan kem askar, kedudukan kereta kebal di dalam Bandar rusia dan sebagainya. Dinyatakan juga di dalam surat tersebut, bahawa segala maklumat yang Hitler dapat, adalah bersumberkan maklumat yang diberikan oleh sebilangan besar dari 8 orang pakar Strategi perang Rusia.

Apabila surat ini sampai ke tangan pemerintah Rusia, sudah pasti akan menyebabkan Pemeritah Rusia ragu terhadap 8 orang Pakar Strategi mereka. menyebabkan, kelapan-lapan Pakar Stretegi itu ditangkap dan ditawan. Apabila sampai kepada Hitler tentang berita tangkapan terhadap 8 orang pakar strategi Rusia itu, menyebabkan Hitler faham bahawa Rusia sudah hilang sumber kekuatannya. Apabila ini berlaku, adalah wajar serangan dimulakan. Apabila serangan dilakukan, dengan mudah tentera Jerman dapat mengalahkan Rusia.

Dari kisah ini, kita dapat melihat bahawa sumber kekuatan adalah perkara yang penting untuk dijaga. Tanpa dijaga sumber kekuatan, pada bila-bila masa sahaja, sesuatu pergerakan akan dikalahkan.

Keadaan ini yang perlu diambil peringatan oleh setiap orang. Apa yang dapat dilihat, sumber kekuatan sesebuah organisasi dalam mencapai kemenangan adalah kebersamaan dengan ukhuwah yang kukuh. Tanpa kebersamaan, ketika itu ia sudah hilang sumber kekuatan. Apabila ini berlaku, tidak mustahil sesebuah organisasi akan kalah dalam ujian yang datang pada bila-bila masa sahaja.

sumber: komentar blog

4 comments:

Anonymous said...

salam..ana rase ustaz cube menipu dalam diam..ni blog ilmiah or politik? ana rasa ustaz cuba berkias terhadap salah satu parti politik Malaysia..

anak muallaf said...

sudah terang lagi bersuluh

Cinta Agung said...

Macam mane ustaz....?

Anonymous said...

siapa makan cili dy yg terasa pedasnya.. dan siapa makn kurma dy yg terasa manisnya.. pandai2 la buka fikiran ..