Banyak muslimin terpedaya dengan tipuan dan kepalsuan yang ditampilkan musuh-musuh Allah, khususnya golongan Nasrani (Kristian) dengan hari besarnya, seperti hari kelahiran Al Masih 'alaihis salam yang mereka sebut 'Natal',dan tahun baru Masihi.Banyak Muslimin menghadiri perayaan orang-orang Kristian tersebut di Negara mereka, bahkan sebahagian mereka ada yang membawa tradisi keagamaan ke Negara Muslimin, semoga Allah melindungi kita daripadanya!
Kita tidak boleh ikut-ikutan merayakan dua hari raya Kristian ini.
Umat Muslimin wajib menjauhinya dan memperingatkan saudaranya yang Muslimin agar tidak terlibat dalam perayaan tersebut.
Lebih ironis lagi, tidak sedikit Muslimin yang ikut serta dalam perayaan-perayaan tersebut dengan alasan ini sudah mendunia yang dirayakan oleh setiap negara.
Mereka tidak faham bahawa perayaan-perayaan tersebut adalah bahagian daripada syiar (ibadah) agama Kristian. Ikut serta di dalamnya bererti ikut merayakan ajaran/ibadah agama Kristian. Bergembira dan bersenang-senang dengan perayaan tersebut sama ertinya bergembira dengan ajaran kufur, menghidupkan dan membesarkannya.
Inilah yang membahayakan akidah dan iman seorang Muslimin.Kerana"siapa yang menyerupai suatu kaum dia sebahagian daripada mereka,"sebagaimana yang disabdakan Nabi shallallahu 'alaihiwasallam. Lalu bagaimana dengan orang yang ikut serta merayakannya?
Kita tidak boleh ikut-ikutan merayakan dua hari raya Kristian ini. Umat Islam wajib menjauhinya dan memperingatkan saudara-saudara yang Muslim agar tidak terlibat dalam perayaan tersebut.



0 comments:
Post a Comment