Rambut Palsu Hanya Penutup Yang Asli??

Islam diturunkan adalah untuk memerangi ajaran sebahagian agama yang mengharamkan kesenangan bagi pengikutnya dan Islam mengajak kepada berhias dan bersolek dengan cara yang tidak berlebihan, dan Islam menentang orang-orang yang mengharamkan perhiasan yang telah dihalalkan oleh Allah bagi hambaNya. Kerana itulah Allah menjadikan berhias itu sebagai permulaan dan mukaddimah solat:

" Pakailah pakaian yang indah di setiap memasuki masjid."

Sebagaimana Islam mensyariatkan berhias bagi lelaki dan wanita begitu jugalah ia menjaga dan memperlihatkan fitrah wanita dan kewajibannya. Oleh itu, Islam membolehkan wanita memakai sebahagian perhiasan yang diharamkan bagi lelaki seperti memakai sutera dan emas.

Tapi walaupun demikian Islam mengharamkan sebahagian bentuk perhiasan, iaitu perhiasan yang keluar daripada fitrah manusia dan yang merubah ciptaan Allah yang mana ia menjadi alat syaitan untuk memperdaya manusia:

"Dan akan saya suruh mereka merubah ciptaan Allah."(An-Nisa':119)

Dalam masalah ini Rasulullah bersabda:

"Dan (Allah) melaknat al-Washimah, wa al-Mustaushimah, wa al-Wasirah, wa al-Mustaushirah, wa al-Namisah, wa al-Mutanammisah, al-Wasilah dan al-Mustausilah."

Hadis-hadis tentang masalah ini adalah hadis-hadis masyhur lagi sahih dan tidak ada keraguan padanya.

Al-Wasyam dikenal orang semenjak masa dahulu dengan mencuci tangan kemudian dibubuhkan nila atau warna biru supaya bekasnya menjadi hitam.

Al-Wasyar ialah menajamkan gigi dan memendekkannya dengan kikir.

Al-Nams ialah menghilangkan bulu dua alis mata dengan tujuan menaikkan atau menyamakannya atau tujuan lain.

Al-Wasl ialah menyambung rambut dengan rambut lain yang biasa atau buatan seperti yang ditanyakan oleh saudara kita di atas (di awal perbahasan ini).

Semua perkara ini diharamkan dan orang yang membuatnya dan memakainya dilaknat oleh Rasulullah s.a.w.

Dengan ini kita telah dapat mengetahui hukum rambut palsu dan yang seumpamanya. Adapun dakwaan yang mengatakan bahawa rambut palsu itu hanya semata-mata penutup kepala adalah dusta belaka, menyesatkan dan menyalahi kenyataan yang sebenar, kerana penutup kepala itu dapat dikenal dengan akal dan tradisi, tapi sebenarnya ia adalah perhiasan yang lebih cantik daripada rambut biasa dan pada satu segi ia adalah penipuan dan pemalsuan, segi kedua ia termasuk membuang-buang harta harta dan membazir, segi ketiga ia termasuk menarik perhatian dam memperdaya orang. Semua faktor ini menyokong pengharaman rambut palsu.

Sa'id bin Al-Musayyb berkata: "Pada kali terakhir Muawiyah dating berziarah ke Madinah dia berkhutbah di hadapan kami, lalu dia mengeluarkan segumpal rambut seraya berkata menurut satu riwayat: Perbuatan ini hanya dilakukan oleh orang-orang Yahudi. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menamakannya penipuan."

Dalam satu riwayat dia berkata kepada penduduk Al-Madinah: "Di mana para ulama kamu? Saya telah mendengar Rasulullah melarang perbuatan seumpamanya. Dan dia meneruskan percakapannya: " Sesungguhnya kecelakaan menimpa Banu Israil adalah setelah wanita mereka melakukan perbuatan ini."

Hadis ini mengingatkan kita kepada dua perkara:

1-Sesungguhnya orang-orang Yahudi pada masa lalu telah menjadi punca datangnya perbuatan hina ini, kemudian setelah itu mereka telah menjadi pembawanya. Oleh itu, kaki orang-orang Yahudi di sebalik kejatan.

2-Sesungguhnya Rasulullah menamakan perbuatan ini dusta atau batil supaya dapat dikesan pengharamannya kerana ia adalah semacam penipuan dan pemalsuan, pada hal Islam benci kepada penipuan dan berlepas tangan dari orang yang penipu di bidang kebendaan dan kerohanian, lahir dan batin.

"Barangsiapa yang menipu, dia bukan daripada golongan kami." Begitu jugalah hikmah-hikmah lain yang telah kami sebutkan di atas.

Sesungguhnya memakai rambut palsu adalah haram sekalipun di dalam rumah, kerana orang yang memakainya selamanya terlaknat. Adapun jika rambut palsu itu dipakai di luar rumah serta kepala tidak ditutup, dosanya lebih besar kerana ia jelas-jelas melanggar firman Allah Taala:

"Dan handaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka."

Kemudia tidak seorang pun menyangka bahawa rambut palsu itu penutup kepala. Dan jika ia haram dipakai perempuan, pangharamannya bagi lelaki lebih keras lagi.

Adapun perginya wanita kepada tukang hias lelaki untuk berhias hukumnya pasti haram kerana tubuh wanita Islam hanya boleh disentuh suaminya dan mahramnya, dan wanita tidak boleh memberikan kesempatan kepada lelaki untuk menyentuhnya.

Di dalam hadis disebutkan:

"Sekiranya kepala salah seorang kamu ditusuk dengan jahit, ia adalah lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya."

Hadis ini diriwayatkan Al-Tabrani dan perawi-perawinya adalah orang-orang yang dipercayai dan diyakini sebagaimana dikatakan oleh al-Munzir. Dan hadis ini ada juga diriwayatkan al-Baihaqi.

Banyak diantara wanita yang pergi ke salon lelaki tidak ditemani oleh sesiapapun, bermakna dia telah melakukan dosa lain, iaitu berkhalwat dengan lelaki yang bukan mahramnya.

Semua yang kita sebutkan di sini boleh jadi adalah kerana ia keluar dari fitrah, kejujuran dan kestabilan yang ianya merupakan tujuan Islam.

Oleh itu, para wanita Islam semetinya cukup berhias di rumah masing-masing dan mempergunakan perhiasan yang dibolehkan agama sahaja, dan hendaklah berhias untuk suami, bukan untuk lelaki lain yang berada di jalanan seperti kemajuan yang digerakkan Yahudi di antarabangsa yang telah menukar ke negara Islam. Dan jika salon itu mesti dilakukan, hendaklah tukang salonnya seorang wanita.

3 comments:

Anonymous said...

Salam. Minta izin untuk bertanya, jika wanita memakai contact lense pelbagai warna apakah hukumnya? Ana khuatir dan berasa tidak selesa melihat kejanggalan wanita-wanita kini mengenakan mata berwarna biru hijau dan ungu. Jika diqiaskan dengan hukum rambut palsu ini boleh?

>> http://nurazahfathirah.wordpress.com

mujahid al-jundi said...

ada dua jenis kanta sentuh ini:

1) Kanta sentuh ophthalmic : Digunakan untuk memulihkan penglihatan atau menggantikan cermin mata bagi yang rabun. Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh ini syaratnya tidak memudahratkan dengan mendapat nasihat dari pakar.

2) Kanta sentuh berwarna :

terdapat kakhilafan(perbezaan) ulama' pada hukumnya;

ada ulama' yang tidak mengharamkannya dengan berhujjah bahawa ia :

memakai kanta sentuh berwarna ini adalah tidak haram kerana ia tidak melibatkan sesuatu yang mengakibatkan warna mata itu berubah selama-lamanya ini bermaksud tidak mengubah ciptaan Allah. Tetapi dapat klasifikasikan ia sebagai berlebih-lebihan dalam memperindahkan diri yang mana ia tidak dianjurkan dalam Islam. Islam adalah satu agama yang menganjurkan kesederhanaan tidak menggalakkan perkara sedemikian rupa.

ada juga ulama' yang mengharamkan memakai kanta sentuh berwarna ini & saya berpendapat ini pendapat yang lebih rajih(kuat) dan patut diamalkan.

Ia dihukumkan sebagai bertabarruj (berhias).

firman Allah s.a.w. yang bermaksud:

"janganlah menampakkan perhiasan" surah an-Nur, ayat 31

pengertian 'perhiasan' ini bukanlah tertentu pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istemewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita tu. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada orang lelaki ajnabi, maka perbuatan ini juga dinamakan TABRRUJ.

walaupun terdapat ulama' yang tidak mengharamkannya kerana tidak termasuk dalam perkara mengubah ciptaan Allah,

tetapi ia diharamkan kerana ia termasuk dalam perhiasan yang diharamkan Allah kerana untuk menarik perhatian orang lain & berlaku fitnah.

Jika dia memakainya untuk suami atau mahram, maka tidak mengapa. Jika dia memakai untuk orang lain melihatnya, maka tidak boleh berlaku sebarang fitnah atau menarik perhatian orang. Ia juga tidak boleh membahayakan si pemakai dan tiada unsur-unsur penipuan. Contohnya, seorang perempuan memakai kanta sentuh untuk berjumpa dengan bakal suaminya.

wallahu a'lam bisshowab..

Anonymous said...

Syukran