Rambut Palsu Hanya Penutup Yang Asli??

Islam diturunkan adalah untuk memerangi ajaran sebahagian agama yang mengharamkan kesenangan bagi pengikutnya dan Islam mengajak kepada berhias dan bersolek dengan cara yang tidak berlebihan, dan Islam menentang orang-orang yang mengharamkan perhiasan yang telah dihalalkan oleh Allah bagi hambaNya. Kerana itulah Allah menjadikan berhias itu sebagai permulaan dan mukaddimah solat:

" Pakailah pakaian yang indah di setiap memasuki masjid."

Sebagaimana Islam mensyariatkan berhias bagi lelaki dan wanita begitu jugalah ia menjaga dan memperlihatkan fitrah wanita dan kewajibannya. Oleh itu, Islam membolehkan wanita memakai sebahagian perhiasan yang diharamkan bagi lelaki seperti memakai sutera dan emas.

Tapi walaupun demikian Islam mengharamkan sebahagian bentuk perhiasan, iaitu perhiasan yang keluar daripada fitrah manusia dan yang merubah ciptaan Allah yang mana ia menjadi alat syaitan untuk memperdaya manusia:

"Dan akan saya suruh mereka merubah ciptaan Allah."(An-Nisa':119)

Dalam masalah ini Rasulullah bersabda:

"Dan (Allah) melaknat al-Washimah, wa al-Mustaushimah, wa al-Wasirah, wa al-Mustaushirah, wa al-Namisah, wa al-Mutanammisah, al-Wasilah dan al-Mustausilah."

Hadis-hadis tentang masalah ini adalah hadis-hadis masyhur lagi sahih dan tidak ada keraguan padanya.

Al-Wasyam dikenal orang semenjak masa dahulu dengan mencuci tangan kemudian dibubuhkan nila atau warna biru supaya bekasnya menjadi hitam.

Al-Wasyar ialah menajamkan gigi dan memendekkannya dengan kikir.

Al-Nams ialah menghilangkan bulu dua alis mata dengan tujuan menaikkan atau menyamakannya atau tujuan lain.

Al-Wasl ialah menyambung rambut dengan rambut lain yang biasa atau buatan seperti yang ditanyakan oleh saudara kita di atas (di awal perbahasan ini).

Semua perkara ini diharamkan dan orang yang membuatnya dan memakainya dilaknat oleh Rasulullah s.a.w.

Dengan ini kita telah dapat mengetahui hukum rambut palsu dan yang seumpamanya. Adapun dakwaan yang mengatakan bahawa rambut palsu itu hanya semata-mata penutup kepala adalah dusta belaka, menyesatkan dan menyalahi kenyataan yang sebenar, kerana penutup kepala itu dapat dikenal dengan akal dan tradisi, tapi sebenarnya ia adalah perhiasan yang lebih cantik daripada rambut biasa dan pada satu segi ia adalah penipuan dan pemalsuan, segi kedua ia termasuk membuang-buang harta harta dan membazir, segi ketiga ia termasuk menarik perhatian dam memperdaya orang. Semua faktor ini menyokong pengharaman rambut palsu.

Sa'id bin Al-Musayyb berkata: "Pada kali terakhir Muawiyah dating berziarah ke Madinah dia berkhutbah di hadapan kami, lalu dia mengeluarkan segumpal rambut seraya berkata menurut satu riwayat: Perbuatan ini hanya dilakukan oleh orang-orang Yahudi. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menamakannya penipuan."

Dalam satu riwayat dia berkata kepada penduduk Al-Madinah: "Di mana para ulama kamu? Saya telah mendengar Rasulullah melarang perbuatan seumpamanya. Dan dia meneruskan percakapannya: " Sesungguhnya kecelakaan menimpa Banu Israil adalah setelah wanita mereka melakukan perbuatan ini."

Hadis ini mengingatkan kita kepada dua perkara:

1-Sesungguhnya orang-orang Yahudi pada masa lalu telah menjadi punca datangnya perbuatan hina ini, kemudian setelah itu mereka telah menjadi pembawanya. Oleh itu, kaki orang-orang Yahudi di sebalik kejatan.

2-Sesungguhnya Rasulullah menamakan perbuatan ini dusta atau batil supaya dapat dikesan pengharamannya kerana ia adalah semacam penipuan dan pemalsuan, pada hal Islam benci kepada penipuan dan berlepas tangan dari orang yang penipu di bidang kebendaan dan kerohanian, lahir dan batin.

"Barangsiapa yang menipu, dia bukan daripada golongan kami." Begitu jugalah hikmah-hikmah lain yang telah kami sebutkan di atas.

Sesungguhnya memakai rambut palsu adalah haram sekalipun di dalam rumah, kerana orang yang memakainya selamanya terlaknat. Adapun jika rambut palsu itu dipakai di luar rumah serta kepala tidak ditutup, dosanya lebih besar kerana ia jelas-jelas melanggar firman Allah Taala:

"Dan handaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka."

Kemudia tidak seorang pun menyangka bahawa rambut palsu itu penutup kepala. Dan jika ia haram dipakai perempuan, pangharamannya bagi lelaki lebih keras lagi.

Adapun perginya wanita kepada tukang hias lelaki untuk berhias hukumnya pasti haram kerana tubuh wanita Islam hanya boleh disentuh suaminya dan mahramnya, dan wanita tidak boleh memberikan kesempatan kepada lelaki untuk menyentuhnya.

Di dalam hadis disebutkan:

"Sekiranya kepala salah seorang kamu ditusuk dengan jahit, ia adalah lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya."

Hadis ini diriwayatkan Al-Tabrani dan perawi-perawinya adalah orang-orang yang dipercayai dan diyakini sebagaimana dikatakan oleh al-Munzir. Dan hadis ini ada juga diriwayatkan al-Baihaqi.

Banyak diantara wanita yang pergi ke salon lelaki tidak ditemani oleh sesiapapun, bermakna dia telah melakukan dosa lain, iaitu berkhalwat dengan lelaki yang bukan mahramnya.

Semua yang kita sebutkan di sini boleh jadi adalah kerana ia keluar dari fitrah, kejujuran dan kestabilan yang ianya merupakan tujuan Islam.

Oleh itu, para wanita Islam semetinya cukup berhias di rumah masing-masing dan mempergunakan perhiasan yang dibolehkan agama sahaja, dan hendaklah berhias untuk suami, bukan untuk lelaki lain yang berada di jalanan seperti kemajuan yang digerakkan Yahudi di antarabangsa yang telah menukar ke negara Islam. Dan jika salon itu mesti dilakukan, hendaklah tukang salonnya seorang wanita.

Read More..

PRK Hulu Selangor, Kenapa Zaid Ibrahim Calonnya?

Umum mengetahui calon Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, pertandingan empat penjuru Pakatan Rakyat, Barisan Nasional dan bebas masing-masing diwakili oleh Zaid Ibrahim mewakili Pakatan Rakyat, P. Kamalanathan BN, VS Candran dan Johan Md. Diah. Melihat kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menegaskan pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon pilihan sebulat suara PAS, PKR dan DAP.

Presiden PAS mahu semua pihak dalam PAS bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan calon Pakatan. Tetapi yang membuatkan ramai kurang sedap hatinya adalah berhubung dengan tindakan firma Zaid ketika beliau dalam Umno dulu yang menyaman kerajaan negeri Kelantan kerana meluluskan undang-undang Hudud. Walaupun tindakan Zaid ini disokong berdasarkan perlembagaan Malaysia yang mana mengatakan mana-mana undang-undang jenayah yang menyalahi atau tidak selari dengan Akta Undang-Undang Jenayah maka tertolak sendirinya undang-undang tesebut tetapi ia tetap tidak selari dengan moral dan nilai Islam sebagai Muslim.

Ketika dalam Umno dia dilantik Pak Lah sebagai senator dan mengangkatnya sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang). Ketika itulah baru namanya terlakar di arena politik nasional Malaysia dengan calitan-calitan kontroversi. Kerana tidak tahan, Zaid akhirnya meletak jawatan sebagai Menteri dan seterusnya dipecat dari UMNO berhubung dengan ISA.

Sekarang dia sudah bersama dengan Pakatan dan telah meninggalkan Umno. Baru-baru ini dia pergi menunaikan haji dan kita yakin dia telah berubah selepas bersama Pakatan. Cuma kita perlu berhati-hati dengan tidak terlalu memuji beliau kerana manusia boleh berubah bila-bila masa sahaja. Lebih-lebih lagi dia adalah calon PKR yang mempunyai rekod buruk sebelum ini akibat ramai sangat MP/Adun PKR membelot dan keluar parti.

Walau bagaimanapun, yang lama kita tolak ketepi dan Islam mengajar kita menjadi pemaaf. Atas dasar pemaaf inilah Islam zaman Rasulullah s.a.w. dulu berkembang hebat kerana ramai dikalangan pimpinan yang menentang Islam sebelumnya bersama dengan Islam. Sebagai contohnya Saidina Umar ketika zaman jahiliyyahnya yang membunuh anak perempuan dan pernah hendak membunuh rasulullah s.a.w. Ketika dalam perjalanan hendak bunuh rasulullah, beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu dan akhirnya beliau memeluk Islam serta berjanjji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir.

Mungkin inilah pendirian pimpinan PAS sebagaimana ditegaskan Presiden PAS supaya ahli memberi sokongan penuh terhadap Zaid. Prinsip ini telah mengajar kita erti wala’ kepada pimpinan.

Dari sisi baiknya, Zaid yang mana ketika para pemimpin Umno lain berebut-rebut nak jadi pemimpin, dia meletakkan jawatan sebagai menteri kerana menentang salah guna ISA yang menahan tiga orang termasuk seorang wartawan di bawah ISA.

Presiden PAS memberitahu, selepas Zaid meletakkan jawatannya dan keluar dari Umno, beliau juga ada berbincang dengan para pemimpin PAS untuk menyertai parti Islam itu atau menyertai PKR. Selepas berbincang termasuk dengan pemimpin PKR, mereka bersetuju Zaid perlu menyertai PKR.

Saya berpendapat pemilihan Zaid sebagai calon dibuat mungkin atas faktor kekuatan dia yang telah diuji meninggalkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana membantah kerajaan salahguna kuasa ISA.

Zaid dilihat lebih mementingkan prinsip kebenaran berbanding kepentingan diri dan kedudukan politik. Soal-soal sifat dan kelakuannya semasa UMNO dulu mungkin boleh diabaikan kerana mungkin Zaid dalam proses menyuci dan menyesuaikan diri. Kita mengharapkan dia betul-betul berubah. Moga perubahannya daripada tidak baik kepada baik seperti Saidina Umar Al-Khattab.

Ya Allah, jadikan Zaid seperti Umar..

Read More..

Utusan Malaysia Memuji Dan Menyanjung Kamal Ataturk

Ini adalah petikan daripada Utusan Malaysia bertajuk "Kemal Ataturk 'bebaskan' wanita Turki" yang bertarikh 16/2/2010:

TOKOH revolusi Turki, Mustafa Kemal Ataturk pernah berkata, perubahan sosial hanya boleh berlaku melalui tiga perkara.

Pertama apabila pendidikan diberi kepada wanita. Kedua apabila kebebasan diberi kepada wanita dan ketiga, apabila lelaki menukar pemikiran apabila hidup bersama wanita. Bertitik tolak dari itu, Turki berubah dengan sekelip mata. Kini, golongan wanita di republik ini semakin melakar kejayaan dalam pelbagai sektor dari bidang akademik sehinggalah ke bidang politik.

Kesempatan berada di kota Istanbul baru-baru ini membuka mata saya betapa tokoh revolusi negara ini, Ataturk, seorang tokoh yang amat disayangi rakyatnya, berjaya mengubah sistem sosial Turki terutama dalam membuka peluang kepada wanita.

Tokoh Revolusi Turki

Ataturk, pengasas dan presiden pertama Turki itu, dilahirkan pada tahun 1881 di Salonika, Greece dan memulakan kerjayanya sebagai seorang askar.

Setelah kejatuhan Empayar Ottoman, beliau mengetuai Pergerakan Turki Nasional dalam peperangan untuk mencapai kemerdekaan dan membuat pembaharuan pada sistem politik, ekonomi dan budaya negara ini. Ketua Pengarah Hal Ehwal EU di Kementerian Perdagangan Luar Turki, Husnu Dilemre berkata, Attaturk merupakan seorang pemimpin yang dihormati dan disegani.

"Beliau merupakan pengasas Turki dan hero kami.

"Kami merupakan negara yang pertama di Eropah dan dunia yang memberikan hak kepada wanita untuk mengundi orang pilihan mereka. Negara Eropah lain yang dikenali kononnya menegakkan hak asasi manusia sebenarnya mengikut jejak Turki," katanya kepada Bernama baru-baru ini. Dilemre berkata, perubahan bukan sahaja dapat dilihat menerusi kemajuan golongan wanita malah ia turut meningkatkan tahap pendidikan serta menerapkan nilai demokrasi.

Selain itu, revolusi yang dibawa Ataturk turut merubah struktur pemerintahan Turki dari sebuah empayar menjadi sebuah republik.

Pesanan Ataturk yang dipegang hingga kini

Pendidikan ketika itu antara fokus utama Ataturk. Beliau mahu melihat golongan wanita bukan sahaja pandai menjaga anak-anak, membuat pakaian dan menguruskan rumahtangga malah dapat menyumbang kepada ekonomi negara. Ini dapat dibuktikan melalui kata-katanya yang menyeru wanita supaya bekerja keras untuk menimba ilmu.

"Wahai wanita: menangilah peperangan menerusi pendidikan, nescaya lebih banyak yang boleh kau sumbangkan kepada negara berbanding kami. Kepada kamulah, kami merayu.

"Kepada lelaki: sekiranya golongan wanita tidak dapat berkongsi dalam perkembangan sosial negara, nescaya kita tidak akan mencapai pembangunan sepenuhnya. Kita akan kekal ketinggalan dan tidak berupaya untuk melayan atas syarat yang sama dengan tamadun Barat," kata Ataturk ketika itu.

Mengenangkan sumbangan besar beliau kepada negara, setiap tahun pada 10 November dan tepat pukul 9.05 pagi, seluruh negara akan berdiam diri dan semua kenderaan akan berhenti selama seminit bagi menghormati pemergian beliau pada tahun 1938.

Kejayaan wanita Turki

Ataturk percaya wanita perlu diberi hak untuk mengundi dan dipilih menjadi pemimpin kerana demokrasi menetapkan ada kepentingan yang perlu wanita pertahan dan ada tanggungjawab sosial yang perlu wanita laksanakan. Ini terbukti apabila beliau mengumumkan pada 5 Disember 1934 bahawa Turki memberikan hak kebebasan berpolitik sepenuhnya kepada golongan wanita. Tindakan itu ternyata lebih awal berbanding beberapa negara Eropah yang lain.

Selain itu, hak sama rata untuk wanita dalam perkahwinan turut diwujudkan. Hasil daripada dasar itu, lahirlah beberapa tokoh wanita yang prolifik antaranya Nezihe Muhittin, pengasas parti politik wanita pertama di Turki; Sabiha Gokcen, juruterbang pesawat perang wanita pertama di dunia dan Safiye Ali, doktor wanita pertama di Turki.

Ataturk sumber inspirasi

Sabiha Gokcen, wanita pertama yang menjadi juruterbang pesawat perang di dunia juga ialah anak angkat kepada Ataturk. Ataturk yang pada ketika itu mempunyai minat mendalam terhadap kapal terbang, mendorong minat Sabiha untuk menceburi bidang itu yang dimonopoli golongan lelaki.

Sepanjang kariernya bersama Tentera Udara Turki, Sabiha berjaya menerbangkan sebanyak 22 pesawat dan mencatat jumlah jam penerbangan sebanyak 8,000 jam, yang mana 32 jam melibatkan pertempuran aktif dan misi pengeboman.

Selain itu, beliau juga berjaya melatih empat juruterbang wanita di bawah didikannya. Sehingga kini, namanya disebut seantero dunia dan merupakan satu-satunya juruterbang wanita yang dipilih untuk poster 20 juruterbang terhebat dunia yang diterbitkan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat pada tahun 1996.

Harapan generasi muda

Ketika berada di ibu kota Turki, penulis sempat berkenalan dengan Ayse Denknalbant, pelajar tahun akhir kedoktoran bidang Arkeologi di Universiti Istanbul dan bertanyakan perasaannya tentang tokoh itu.

Ayse menyifatkan perubahan yang dibawa Ataturk, bukan sahaja membawa kemajuan kepada republik ini, tetapi seluruh strata sosial Turki sehinggakan golongan wanita ketika itu yang agak terbatas pergaulan dan tingkah laku, berjaya keluar dari kepompong itu.

"Bagi kami, perubahan yang dibawa membuka peluang yang luas bagi kami untuk mempelajari dan meneroka bidang yang sebelum ini hanya dikuasai lelaki," kata pelajar berusia 32 tahun itu.

Katanya, sebagai negara Islam, Turki boleh berbangga kerana pembangunan yang dicapai setakat ini turut disumbang oleh golongan wanita yang berjaya dalam pelbagai bidang hasil reformasi republik hampir 80 tahun lalu.

Walau apa pun bentuk kejayaan yang dicapai oleh wanita Turki sehingga kini, ia tidak akan bermakna sama sekali sekiranya wanita melupakan tugas asalnya iaitu mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang berguna suatu hari nanti.

Sambil memetik kata-kata penyair Jalaludin Rumi yang memulakan perjalanan sufinya di Turki: "Wanita ialah cahaya dari Allah, dia bukan sekadar untuk dikasihi, tetapi ciptaan Allah yang istimewa."

Itulah kekuatan wanita Turki, yang ironinya lakaran kejayaan mereka bermula daripada usaha seorang lelaki -- Mustafa Kemal Ataturk. - Bernama




Inilah penulisan daripada Utusan Malaysia, Kamal Atarturk laknatullah pun nak dibuat contoh. Walaupun ditonjolkan sisi baik Kamal Atartuk dan menyanjungnya, adakah jasa Kamal Atartuk membebaskan wanita Turki lebih hebat dan lebih besar daripada dosanya membubarkan kerajaan khalifah Uthmaniyyah. Syeikhul Islam, Mustafa sabri selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata, "memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah dan mengulingkan baginda".

Pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.

Ataturk laknatullah melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Melarang wanita bertudung(tutup aurat) dan kalau nak pakai juga mesti pakai skirt!!. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji!!

Beliau juga membubar undang-undang Syariah!!..

Beliau turut menutup beberapa buah masjid , umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu mendirikan sebuah gedung. Penghinaan terhadap Islam yang sangat jelas.

Dalam urusan munakahat(perkawinan), beliau melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam!!. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki!!.

Disamping itu, beliau turut menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin.

Ataturk laknatullah hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.

Malu yang teramat-amat malu, sebuah akhbar kerajaan yang menjadi agenda pemikiran untuk rakyat sangat menyanjung pemimpin maksiat, pemimpin fitnah dan tokoh musuh Islam ini. Tokoh Revolusi konon, padahal Atartuklah tokoh musuh Islam yang menjatuhkan Khilafah Islamiah Uthmaniyah dan menghapuskan Islam dalam kehidupan.

Apakah perasaan anda ketika bersama dengan orang Islam dari negara lain dan berkata: "Ya Allah, apalah teruk sangat Malaysia ini menyanjung Atartuk laknatullah ini".

Read More..

Agen Yahudi Serap PDRM

Israel sentiasa berusaha untuk mencengkam negara-negara Islam. Menyedari telah banyak negara-negara Islam ditundukkan supaya mematuhi Israel dan Amerika, tidak terlepas Malaysia tanahairku. Seolah-olah Israel semakin berminat untuk menjajah Malaysia. Mengenangkan keperitan saudara seislam di Palestin, makin meningkat kebencian ini apabila mereka berusaha pula cuba meluaskan penguasaan ke atas Malaysia dengan licik sekali.

Rentetan apa yang berlaku daripada permulaan bertapaknya Halliburton sebuah Syarikat Yahudi di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) selatan Johor. Mereka telah membeli sebahagian tanah di Johor. Adakah ini permulaan pengusaan mereka ke atas Malaysia seperti Palestin dengan pembelian tanah?? Timbalan Menteri MITI telah mengesahkan perkara ini dalam parlimen. Sangat membimbangkan kerana Halliburton telah mengaut keuntungan berbilion Dollar hasil penaklukan Iraq. Malah kontraktor telah dilaporkan membunuh rakyat Iraq dengan sewenang-wenangnya. Mereka bertindak seperti koboi yang tidak berperikemanusiaan. Jadi sangatlah mengejutkan apabila Malaysia yang mendabik dada sebagai negara Islam boleh membenarkan pembunuh kemanusiaan saperti Halliburton melabur hasil keuntungan haram mereka di negara ini. Apakah kita rela darah rakyat Iraq dan Palestin dihalalkan atas nama pembangunan ekonomi. Moga rakyat Malaysia membuka mata dengan perkosaan kedaulatan negara ini oleh golongan yang rakus ini.

Umum mula memperkatakan tentang penguasaan WPI oleh Singapura. Terdapat dakwaan bahawa Singapura mendapat sokongan rejim Yahudi dalam pelbagai bentuk termasuk nasihat ketenteraan. Apakah kemasukan syarikat Halliburton ini sebagai sebahagian agenda Yahudi!

Kemudian rentetan pentadbiran Malaysia telah mengambil APCO syarikat perunding antarabangsa yang ditunjangi Israel sebagai penasihat pentadbiran negara. Bahkan disifatkan kejayaan yang cemerlang bagi Yahudi kerana telah berjaya menasihati Najib Perdana Menteri Malaysia supaya menggunakan slogan 'Satu Malaysia' sebagaimana Israel dengan slogan 'One Israel'. Ini adalah usaha untuk menguasai pentadbiran negara dan pemikiran rakyat Malaysia dengan propaganda sedemikian. Rujuk artikel sebelum ini.

Kemudian yang terbaru iaitu Syarikat Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat: 150529-H) telah bertanggungjawab dengan pemberian tender oleh kerajaan Malaysia untuk membina sistem komunikasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditukar daripada analog kepada digital.

Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat Asiasoft Pte. Ltd yang berpengkalan di Singapura dan nilai penuh tender yang diberikan Kerajaan Malaysia ialah RM 1 bilion tetapi dikecilkan menjadi RM 42 juta sahaja. Apa yang membimbangkan adalah 'individu' yang bertanggungjawab membina sistem itu adalah bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer itu bernama Izhak David bernombor passport 10902695 masih lagi waganegara Israel. Adakah kita boleh menganggap ini adalah kebetulan?! Dan yang paling membimbangkan Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah 'pakar' sistem computer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel.

Malah Izhak juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologo tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987. Adakah beliau dihantar untuk merisik pertahanan Malaysia dengan permulaan langkah masuk ke PDRM?!

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang berpasport Israel nombor 56626252. Ido ini lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga kini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.

Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang ini? Siapakah yang berada di atas PDRM? Adakah kerana terdesak atau didesak? Tidak ada ke programmer2 daripada Malaysia atau negara-negara lain yang mempunyai pakar programmer seperti Iran?

Mungkin Israel/Yahudi melihat Johor perlu dijadikan tapak ekonomi dan ketenteraan bagi Singapura samada secara aman melalui penjajahan ekonomi atau pun secara penaklukkan ketenteraan, iaitu Johor ditakluki dan dijadikan ‘occupied territory’ sama seperti Israel menakluki dan menjajah ‘occupied territories’ di negara-negara Arab.

Setelah bertapaknya ekonomi dan ketenteraan Yahudi di Malaysia, mereka mula bergerak untuk menguasai pentadbiran Malaysia dengan menjadi penasihat pentadbiran. Kemudian, mereka(Yahudi) bergerak lebih agresif dengan mula merisik pertahanan Malaysia memasuki PDRM dengan memonupulasi bahagian penting iaitu sistem komunikasi!! Ini adalah teori dan analisis daripada aku setelah membuat beberapa penelitian berdasarkan penguasaan institusi2 penting negara iaitu ekonomi, pertahanan dan pentadbiran negara yang menjadi benteng sesebuah negara.

Bagaimanakah institusi kehakiman Malaysia pula? Adakah Israel sudah meresap ke dalamnya? Siapakah yang perlu dipersalahkan, adakah mereka Israel atau kerajaan Malaysia? Atau rakyat Malaysia??

Read More..

Mengenali Syeikhul Azhar Yang Baru

"Selepas kehilangan Fadhilatul Imam Akbar Al-Marhum Syeikh Dr.Mohammad Sayyid Tantawi baru-baru ini akibat serangan jantung di Riyadh, Al-Azhar yg merupakan Pusat Pengajian Tinggi Islam serta Institusi Ilmu yg tertua di dunia telah menerima perlantikan baru bagi jawatan tersebut yg kini dipikul oleh Fadhilatul Imam Akbar Syeikh Dr Ahmad Muhammad Ahmad Tayyib.

Dilahirkan pada tanggal 6 Januari 1946 di wilayah Luxor, So’idh, Republik Arab Mesir, susur galur nasab keturunan beliau berterusan di sebelah Sayyidina Husin Ibn Sayyidina Ali Abi Tolib.

Kedudukan Ke 25 Tokoh/Individu Muslim 2009 Yang Berpengaruh Di Dunia
Di dalam senarai kedudukan 50 tokoh/individu Muslim yg berpengaruh di dunia yg dikeluarkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre baru-baru ini, Fadhilatul Imam Akbar Syeikh Dr Ahmad Muhammad Ahmad Tayyib tersenarai pada kedudukan yg ke 25.

Beliau sebelum ini merupakan Reaktor Universiti Al-Azhar dan pernah menjawat beberapa jawatan serta kedudukan penting. Selain pernah menjawat kedudukan sebagai Reaktor Universiti Al-Azhar, beliau pernah menduduki beberapa jawatan penting, antaranya, sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam Dan Bahasa Arab di Qona, Dekan Fakulti Pengajian Islam Dan Bahasa Arab di Aswan. Manakala di peringkat antarabangsa pula, beliau pernah diberikan tanggungjawab utk menjawat jawatan sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam Usuludin di Universiti Islam Antarabangsa Pakistan selain pernah memberikan perkhidmatan di Universiti Islam Imam Muhammad Saud di Riyadh, Arab Saudi selain pernah berkhidmat di Universiti Qatar, Emiriyah Arab Bersatu dan beberapa lagi pengalaman beliau yg lain.

‘’Al-Azhar : Pusat/Institusi Tanpa Sebarang Agenda Politik Dan Mana-Mana Golongan’’
Memetik beberapa laporan berita, bercakap di dalam satu sidang media sejurus perlantikan beliau sebagai Syaikhul Azhar yg baru dgn penegasan ‘’Al-Azhar Pusat Ilmu Tanpa Sebarang Agenda Politik Dan Mana-Mana Golongan’’, beliau telah meletakkan beberapa penegasan yg penting, di antaranya, menjadikan Al-Azhar benar-benar bebas dari sebarang campurtangan, persediaan meletakkan Al-Azhar pada kedudukan yg lebih tinggi di peringkat antarabangsa serta matlamat yg utama iaitu agenda penyatuan umat Islam.

Ketika mengulas mengenai agenda penyatuan umat Islam sebagai matlamat utama Al-Azhar selama ini, beliau turut menegaskan bahawa pentignya memelihara perpaduan umat Islam dan sehingga kini, Al-Azhar mengambil sikap toleransi terbuka, antaranya, meletakkan sukatan pelajaran bagi kajian mazhab Syiah selain 4 mazhab utama yg lain. Di dalam masa yg sama, beliau menyatakan bahawa Al-Azhar merupakan institusi terbuka yg mengamalkan ‘’manhaj wasatiyah’’, tidak cenderung pada satu-satu pemikiran, selain sentiasa menerima dan meraikan dari satu pandangan ke pandangan yg lain.

Isu Quds Dan Palestin
Di antara penegasan utama beliau ialah ‘’tidak akan sekali-kali’’ menziarahi Quds selagi mana dijajah sehinggalah ‘’benar-benar dibebaskan sepenuhnya’’ sebagai tanda protes tidak menyokong tindakan Israel dan dalam masa yg sama, beliau turut menegaskan bahawa beliau ‘’tidak akan sekali-kali’’ menyertai dialog, persidangan atau rundingan yg melibatkan penyertaan atau kaitan dgn Israel. Beliau turut mengulas bahawa sekiranya lawatan beliau ke Masjidil Aqsa dilakukan dalam keadaan ianya dijajah oleh Israel, sekaligus akan menimbulkan tanggapan bahawa lawatan beliau seolah2 ‘’mengiktiraf serta menyokong penjajahan Israel terhadap Quds’’. Di dalam masa yg sama, beliau menyeru ‘’seluruh umat Islam di dunia ini tidak sekali2 menziarahi Al-Quds’’ selagi ianya dijajah serta tidak dibebaskan dgn sepenuhnya.

Menambah penegasan beliau mengenai isu Al-Quds dan Palestin, beliau menjelaskan bahawa penolakan penyertaan beliau hanya di dalam mana2 dialog, persidangan atau rundingan yg melibatkan Israel. Akan tetapi, beliau akan tetap menghadiri dialog, persidangan atau rundingan yg melibatkan penyertaan ‘’Yahudi’’ kerana terdapat perbezaan utama di antara Israel yg menjajah Al-Quds dan Yahudi yg menerima dialog serta rundingan di dalam memutuskan beberapa kerjasama di antara agama."

sumber: Islamonline

Read More..

Pahlawan Neraka

Satu hari, saru pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.

Di sana para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang daripada sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniaannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab,"Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."

Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.

Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lalu baginda berkata," Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat daripada luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihat keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."

Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku dan bangsaku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang dan berjuang. Dirawikan oleh Luqman Hakim.

Jadi, jangan kerana bangsa, anda berjuang kerananya. Berjuanglah kerana Allah untuk Islam…

Read More..

Slogan 'Satu Malaysia' Daripada Israel?

Slogan 'Satu Malaysia' yang diperkenalkan Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Satu gagasan tidak payah kita pertikaikan, nak menyatupadukan rakyat, bunyinya lunak. Slogan 'Satu Malaysia' adalah saranan dari konsultan Israel iaitu APCO Worldwide, demikian menurut ketua pembangkang Parlimen Malaysia semalam.

APCO adalah syarikat perunding antarabangsa, yang ditunjangi 2 tokoh Israel, bekas duta Israel ke Amerika Syarikat, dan seorang lagi bekas duta Israel ke Denmark. Najib kini menggunakan khidmat konsultan tersebut sebagai penasihat dengan belanja sebanyak RM60 juta di mana konsultan sama pernah digunakan bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pada tahun 1999 dengan memperkenalkan slogan 'One Israel'.

Ini bukan fitnah, boleh rujuk 'search' (laman web) Google cari APCO atau http://www.apcoworldwide.com/content/news/press_releases2009/malaysia0809.aspx jawapannya ada di situ dan mereka dah buka pejabat di Kuala Lumpur dan bergiat sekarang ini menjadi penasihat kepada Najib dan Rosmah. Maknanya keangkuhan kuasa Umno telah sampai ke kemuncak. Berani sungguh satu Negara Islam ambil APCO sebagai penasihat.

Ini orang Israel yang mendukung fahaman Zionis, yang menindas rakyat Palestin, yang mengepung Gaza. Orang ini yang menerajui APCO dan APCO dibayar oleh Perdana Menteri Malaysia Najib untuk menasihat, bagi orang umno, mesti sokong apa yang ketua dia buat dan amin semua. Sesuatu yang penting tentang slogan 'Satu Malaysia', pada tahun 1999, APCO harum namanya kerana diambil oleh Ehud Barak, sekarang Menteri Pertahanan yang mengadakan pertemuan khas dengan Menteri Pertahanan Malaysia baru-baru ini. Ehud Barak Perdana Menteri Israel tahun 1999 mengambil APCO dan APCO menasihat Ehud Barak supaya menggunakan slogan baru untuk Israel 1999 iaitu 'Satu Israel'. 10 tahun kemudian, tahun 2009 APCO menasihat Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib supaya menggunakan slogan 'Satu Malaysia'.

Orang-orang ini juga terlibat dalam pentadbiran Perdana Menteri yang lalu iaitu menyambung bantuan pelobi. Pentadbiran Malaysia menggunakan khidmat seorang pelobi Yahudi terkenal di Amerika yang juga taukeh Judi yang menipu Red Indian kerana membina casino dan menipu mereka. Dia dibayar oleh pemimpin-pemimpin Umno untuk mendekatkan Perdana Menteri Malaysia dengan pentadbiran Amerika Syarikat pada ketika itu Josh W. Bush. Ada perkara yang mengesahkan perkara ini.

Mana perginya ustaz ustzah Menteri Agama? apa pendirian mereka? Yang menjadi masalahnya orang ini adalah penyokong pandangan ekstrem dan menipu dalam membina casino orang Red Indian di Amerika Syarikat dan tidak dibayar. Dia menjadi bahan siasatan kongres Amerika dan sekarang didakwa dan dipenjarakan. Bermakna orang ini adalah penjenayah berbangsa Yahudi digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional untuk menasihat pentadbiran Negara Malaysia. Amat Merbahaya!! Perkara ini diketahui oleh Duta Malaysia ke Amerika Syarikat. Ini berkait dengan imej Malaysia kerana ia berkait dengan nama negara bersekongkol dengan Yahudi yang ekstrem. Bayaran Malaysia secara rasmi kepada dia adalah melalui kedutaan Malaysia di Washington DC.

Jadi fikirkan, slogan 'Satu Malaysia' yang dibelakangnyaYahudi. Adakah ini strategi halus Yahudi untuk menyerang Malaysia. Sekarang slogan 'Satu Malaysia' diminati pelajar-pelajar sekolah, menjadi pembuka bicara "Salam Satu Malaysia", ditampal dimana-mana, kereta, papan, blog dan sebagainya…….

Read More..

Mengapa Mubarak Lebih Bimbangkan 'apa kata Israel' Daripada Jirannya??

Persoalan yang masih menjadi tanda tanya…. Satu Kemungkinan.. Membongkar tindak-tanduk Mesir yang rela melihat penduduk Palestin terus perit dimamah kezaliman Israel tidak mustahil ia ada kaitan dengan Perjanjian Camp David antara Israel dan Mesir pada 1978 yang membawa kepada rundingan damai kedua-dua negara, ditandatangani di Washington pada 26 Mac 1979, yang pertama membabitkan rejim Zionis itu dan negara Arab.

Israel memakai dasar konsisten sejak penubuhannya pada 1948 yang mahukan rundingan secara langsung dan bersemuka sebagai kaedah menyelesaikan perbalahan dengan negara Arab tetapi hanya Presiden Mesir ketika itu, Anwar Sadat, membawa negaranya ke meja rundingan, pada ketika tiada negara Arab lain mahu berunding dengan Israel.

Sadat dan Perdana Menteri Israel ketika itu, Menachem Begin, berkongsi hadiah Nobel Keamanan pada 1978 kerana perjanjian bersejarah itu tetapi di kalangan liga Arab sendiri, tindakan Sadat dilihat sebagai menikam dari belakang. Malah Sadat terasing di dunia Arab dan terpaksa membayar harga yang mahal untuk itu iaitu dengan nyawanya sendiri apabila dia mati ditembak pada 1981.

Memang sukar mencari sebab mengapa Mesir seolah-olah memusuhi penduduk Palestin sehingga rela membiarkan mereka diancam krisis kemanusiaan meruncing dengan menutup pintu sempadannya. Jika benar ia membenci Hamas yang menguasai Gaza, sebesar manakah dosa penduduk yang menyokong pertubuhan itu?

Jasa apakah yang sudah ditabur oleh Israel kepada Mubarak sehingga sanggup memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan Yahudi itu dalam usaha menjahanamkan Palestin?

Tidak ada bezanya Mesir dan Israel dalam hal ini kerana ketika Israel bertindak secara kasar membunuh penduduk Palestin, Mesir sebaliknya mengambil pendekatan lebih lembut tetapi berbisa dengan tidak membenarkan bantuan kemanusiaan sampai kepada penduduk teraniaya itu dengan 1,001 alasan yang tidak boleh diterima akal.

Mungkin juga Mesir sudah 'termakan budi' Israel yang membebaskan Sinai daripada zon tentera apabila kerajaan Yahudi itu berundur dari wilayah yang dirampas pada 1967, menyerahkan pangkalan tentera, penempatan, jalan raya dan infrastruktur lain, selain telaga minyak Sinai kepada Kaherah berikutan perjanjian berkenaan.

Antara lain kandungan perjanjian juga memerlukan kedua-dua pihak memastikan ancaman, permusuhan atau keganasan tidak dilakukan dari kedua-dua negara dan tidak dibuat dari wilayah masing-masing, atau oleh mana-mana pasukan yang dikawal atau mana-mana pasukan yang bertempat di wilayah mereka, terhadap penduduk, rakyat atau harta benda kedua-dua negara.

Perjanjian itu menghendaki kedua-dua negara menahan diri daripada mengatur, menghasut, membantu atau mengambil bahagian dalam tindakan atau ancaman permusuhan terhad kedua-duanya, di mana-mana saja dan memastikan pelaku tindakan itu dibawa ke muka pengadilan.

Mesir mungkin mengambil terlalu serius isi kandungan perjanjian untuk tidak membantu sebarang bentuk tindakan atau ancaman terhadap Israel oleh Hamas yang mentadbir Gaza tetapi di manakah adabnya sebagai jiran yang bertanggungjawab mencegah kerakusan rejim Zionis membunuh penduduk Palestin atau sekurang-kurangnya membantu mengurangkan penderitaan mereka.

Mubarak, sebagai umat Islam sepatutnya menyembunyikan kepala apabila Galloway yang tampil menghulurkan bantuan kepada penduduk Palestin yang rata-ratanya beragama Islam, sedangkan beliau yang diamanahkan Allah untuk menyayangi saudaranya seperti menyayangi diri sendiri, bertindak menyebelahi Israel.

Ketika Mesir terus memekakkan telinga kepada rayuan antarabangsa dan berterusan memerah limau pada luka penduduk Palestin yang tidak pernah sembuh, Israel bertepuk tangan melihat negara Arab itu sudah rancak menggayakan tarian mengikut irama gendang yang dipalunya.

Mubarak mungkin ada alasan tersendiri membawa negaranya mengikut acuan yang sudah ditetapkan Israel tetapi satu perkara beliau perlukan jadikan iktibar berbaik-baik dengan rejim Zionis itu bagaimana Sadat bertemu ajalnya - kerana ketika itu pemimpin Yahudi hanya mampu menghantar utusan takziah. Adakah Mubarak bakal mengikuti jejak Sadat yang meletak jawatan Presiden Mesir dengan kematian??

Read More..

Ada Raksasa Di Terengganu

Ketika negeri terengganu dalam harmoni dan aman damai, tiba-tiba suasana bertukar menjadi kalut dan resah apabila satu persatu bangunan yang didirikan roboh. Orang ramai menjadi keliru bagaimana bangunan yang tersergam indah boleh roboh sekelip mata. Pembinaan bangunan yang hebat-hebat, Stadium, Lapangan Terbang, Kolam Renang, Menara Komunikasi, Pusat ICT dan Masjid semuanya kini rosak, punah dan roboh.


Percayakah anda?? Inilah raksasa itu…..















Raksasa Ris Soh menembak bumbung stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu.














kesan tembakan raksasa Ris Soh yang belum dijumpai pada waktu tersebut.



Kolam renang yang terletak di Batu Buruk bocor dipercayai akibat ditembak raksasa tersebut.












Kolam renang dari luar.














Dewan sekolah roboh dipercayai dirempuh raksasa Ris Soh itu. Kelihatan guru sekolah turut menyaksikan kejadian itu.













Masjid Kampung Batu Putih, Kertih, Kemaman turut terlibat, kelihatan bumbungnya runtuh.



Kejadian yang tidak diduga..



Keadaan Bangunan Bas Perhentian Kuala Berang, turut menjadi mangsa.



Bangunan ini adalah milik Majlis Daerah Hulu Terengganu.



Di atasnya jelas tertulis perkataan "Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional". Apa kaitan dengan raksasa itu ye..??


AKHIRNYA……




DAN ini adalah perbualan raksasa Ris Soh dan Ultraman Mat Id yang sempat dicatat….


Percayalah! Raksasa Ris Soh dan Ultraman Mat Id tidak akan aman dan sentiasa berbalah di Terengganu walau apa juga tindakan perdamaian yang diambil kerana merekalah yang menzalimi rakyat Terengganu.

Read More..